Bagi mereka yang suka makan masakan pedas tiada cili memang tak lengkap masakan pada hari tu. Betul tak? Nak pula kalau masak tomyam atau sup tulang. Wow..Rugi kalau tak pedas. Nak hirup kuahnya pun tak semangat dah kalau tak pedas.
Jadi kalau membeli barangan masakan, rasanya satu plastik cili boleh tahan berapa hari je kan. Nak pula kalau ada masa-masa harga cili melonjak naik dapat seciput jerk..Sesetengah cili pula mudah rosak mungkin sebab ianya dituai lebih awal dan bergantung kepada cuaca juga.
Alangkah syoknya kalau bila nak masak je boleh petik cili di halaman yang kita tanam sendiri. Kelebihan pokok cili tidak memerlukan halaman yang luas untuk menanamnya dalam pasu pun boleh kalau berpindah rumah boleh angkut sekali pokok cili tu.
Jadi kami nak kongsikan bagaimana anda boleh dapat banyak anak pokok cili dengan mudah dan murah!. Ini memang cara yang sangat mudah dan rugi jugalah kalau anda tidak mencubanya. Bukan itu sahaja dengan menggunakan kaedah ini anda juga boleh mendapat banyak pokok cili. Jom kita lihat langkah-langkahnya.
2. Potong cili padi di bahagian tengah. Lepas tu anda nampak biji cili di dalamnya kan?
3. Ambil biji cili ini dan taburkan di dalam pasu. Setelah dua minggu benihnya akan bercambah. Lepas anak pokok dah besar sikit lebih kurang 3 minggu, bolehlah pindahkan ke pasu lain. Sebaiknya satu anak pokok satu pasu. Mudah kan?
Selamat mencuba..
Sumber : Facebook Seed4u
loading...
0 Response to "Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Anak Pokok Cili Dan Rugi Kalau Tak Cuba!"
Posting Komentar